Wednesday 11 May 2011

::SURVEY MAYA:: #2: sinetron vs cerekarama

survey maya meneruskan penjelajahannya ke episod ke 2.....tapi kali ni kita bawa ke tajuk yang lebih bersih dari tajuk yang dulu...

kali ni aku nak tengok pendapat orang tentang trend drama dekat malaysia...secara umumnya...dalam course Kajian Sains Drama dan Telefilem yang aku reka sendiri, ada dua jenis drama yang sangat popular:-

CEREKARAMA
cerekarama ialah cereka@cerita yang penuh drama dan irama yang menggunakan bahasa melayu, dilakonkan oleh pelakon Malaysia samada popular atau tak, diarahkan oleh pengarah Malaysia samada berkaliber atau tidak dan semestinya ditayangkan di stesen televisyen Malaysia cam TV3, Astro Ria, Astro Prima dan yang sewaktu dengannya....dan untuk memudahkan urusan survey ni, aku 'join' kan sekali drama bersiri cam Nur Kasih dalam group cerekarama.

SINETRON
secara short form nye..sinetron ialah cerekarama yang diberanakkan di Indonesia atau pulau-pulau berdekatan dan kemudian mendapat hak tayangan di stesen TV kat Malaysia sehingga menjadi kegilaan ibu-ibu mengandung di negara ini...perlu diingatkan bahawa sinetron yiada kena mengena dengan movie Tron ataupun Frank Sinatra

MASALAH:  mane korang lagi layan...? sinetron atau cerekarama?


vs





RESPONDEN

1. gadis menganggur
"sinetron la.....hero dye sume macho-macho..walaupun tak kenal..memang minat la..cerita pun lagi best..panjang sampai beratus-ratus episod..baru masyuk"

2.suri rumah separuh masa
" kalau duduk kat umah tu..sume cite akak layan....indon ke, filipina, mexico, afrika, melayu, siam....sume best..kalau nak gi mana2..akak tunggu abis dulu...rugi kalau terlepas..lagi-lagi sinetron...Sejuta Cinta Marshanda"

3.blogger berpelajaran
" ntahla..dulu aku layan gak sinetron tyme Bawang Putih Bawang Merah .sape pelakon dye tu?..Nia Ramadhani ngan Revalina kan? pastu cite cam 'cliche' habis...sama je..aku pun try layan drama2 melayu pulak...boleh tahan gak...."

4.'die hard fan' Nur Kasih
"of course la cerekarama bro...sinetron apa barang..balik-balik cerite tertukar anak, anak luar nikah...anak tiri, anak sedara..sama je...pastu efek slow motion tu...jeng!!!jeng!!!..baik aku layan Nur Kasih 10 kali..lagi layan"

5.businessman dalam KTM
" abang tak dapat nak komen banyak pasal drama-drama ni...remote TV pun abang jarang nampak..busy la katakan..tapi abang rasa drama melayu sekarang pun dah menarik...mesej banyak, jalan cerita pun menarik, pelakon pun memang berbakat la..pastu penarah sekarang punya idea memang kreatif ........itu anak abang bagi tau la...(sengih)"

6. cleaner Jaya Jusco
" waduh....kamu ni!!! udah tentu le makcik pilih sinetron...aktor sama aktres nya bagus bangat dong...aktor sama aktres di malaysia gak sama....ceritanya pun lebih sedap ditonton ya mas.."

7. budak-budak asrama..
" kengkadang layan cerekarama bagus gak..penat-penat study..ada cerita nak layan..pelakon malaysia sekarang pun comel-comel gak..haha!!!...."  
Lisa Surihani!!!( satu suara menyampuk di belakang)


ok2...terima kasih dengan pendapat korang tu ye....lepas ni cek la balik intisari rancangan kat Harian Metro tu...tengok cerite mana yang best..


p/s: jom layan drama bersiri baru JUVANA..setiap Isnin, 9.00 malam di TV3 ( peminat cerekarama)

Tuesday 10 May 2011

::SURVEY MAYA:: #1: restroom

Wah..wah wah.!!! nampaknya chef maya sudah mula menggerakkan langkahnya umpama Usain Bolt dengan wujudnya segmen terbaru ~ ~::SURVEY MAYA::(cam tak sedap je nama nie...aaarrrghhh!!! suka ati aku lah nak letak nama apa..)

program apa? survey apa?
INILAH DIA SATU SEGMEN YANG MEMBERIKAN ANDA PANDANGAN YANG PENUH PERBEZAAN TENTANG RONA-RONA KEHIDUPAN SEHARIAN KITA...fulamak!!!
ok,ok..over pulak.. sebenarnya survey ini dijalankan bagi merungkai persoalan atau perbandingan yang sering timbul atau sengaja ditimbulkan dalam masyarakat kita ni...

so untuk part 1 ni..selaku mukadimah segmen ni la kiranye...aku ambik tajuk RESTROOM atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat majmuk sebagai TANDAS....dan bagi mereka yang berada di luar rangkaian kami, anda mungkin memanggilnya sebagai JAMBAN!!!

bersempena tengan tema restroom ni....satu persoalan yang agak sensitif berbaur sedikit keegoan ditimbulkan..masalahnye...

MASALAH: Pada pendapat saudara atau saudari...tandas mana yang lebih baik?..cangkung atau duduk...(eeiiii soalan apa ni???)



VS





kemudian beberapa responden telah dipaksa pilih untuk memberikan komen dan pandangan...

RESPONDEN

1.makcik tua berstatus warga emas:
" pado pandangan makcik, makcik ghaso, elok yang cangkung tu yooo..dokek umah pun...ado yang ni yo..tak ghoti makcik nak duduk-duduk ni...tak buleh jang oiii!! "

2.mamat cool bersuara garau:
" errr..pada saya tandas duduk lebih selesa..kerana di samping melepaskan hajat kita dapat membaca majalah layan fb, twitter dekat android...lebih cool dan mungkin lebih sopan daripada teknik mencangkung."

3. minah baru habis spm..:
" pada saya elok tandas duduk... sebab selalunye I tengok dekat tandas cangkung2 ni..especially public toilet, tak berapa bersih..cam ada sikit..faeces dekat wall ( face dekat wall??..facebook ke?)..oohh, I mean dekat dinding dye la...eeeuuuwww.geli la~ ~ tandas duduk selalu lebih clean la.."

4.budak part time kat Mydin:
" aku tak kisah sangat.. duduk ke cangkung ke berdiri ke..(what???) yang penting dapat lepas..LEGA ...jangan takde air sudah..tu memang %$#@^&^!! .ada sekali tu..aku...( oopsss cukup tak perlu cerita pengalaman ko ea..)"

5."I care about hygiene" la sangat..:
" kalau I better cangkung what..sebab kalau yang duduk tu..the other person always in contact with bowl..I mean when they sitting on that..their thigh...and so on..actually we don't sure about other cleanliness..." ( dah kau pergi buat jamban ko sendiri)

6. bro jual burger depan bus stop:
" gua?..hehe gua kalau nak b***k kan..gua selalu rembat tandas cangkung la bro...lu nak taw tk..kalau gua gi tandas duduk kan...t**k tak keluar la...serius ni!! lu gelak pahal!! kalau cangkung tu ada feel sikit...arrgghh!!!" 

( so kalau takda tandas cangkung...full atau memang tak provided?)

bro jual burger depan bus stop:
" apa lagi gua cangkung la atas tandas duduk tu....tak pun cari semak jadilah....!!"

7. budak U bersaiz  'jumbo' tengah duduk dekat zon Wifi:
"alamak..abang ni tanya soalan camtu kat saya..of course duduk...golongan jumbo cam saya memang ada problem bila tandas cangkung...dah drumstick ni ha...perit dowwh macam disumbat dalam tin sardin Marina rasanya...perut lagi!! memang tak selera nak melepas dibuatnya...cangkung relak sikit"


so, setelah mendengar pandangan responden yang yang penuh kontramasi (kontra+kontroversi+ informasi) ni...korang boleh nak decide reka bentuk jamban cam mana yang korang nak pasang kat rumah baru korang..tak pun yang selama ni takda kisah pasal duduk ke? cangkung ke?..pikir balik..

chef maya sama sekali  tidak akan memberi sebarang kata-kata berunsur berat sebelah...terpulang kepada anda...


p/s: reminder!!!

Friday 29 April 2011

Bahasa Ibunda (Part2)

secara tiba-tiba neuron aku seakan memberi aku tenaga yang melampau yang digaul dengan sedikit adrenalin untuk aku menyambung bab bahasa ibunda yang aku post sebelum ni.

hal ni terjadi bila aku terbaca satu artikel dekat Sinar Harian (surat khabar yang jarang sekali dibeli aku..tapi aku sebab ada benda intersting kat dalam tu on that day...just guess on it..never imagine it or you'll get something bad)..
so lepas ni jangan nak sue aku kat court sebab plagiat artikel orang...i'm just comment based on it

jadi nak dipendekkan artikel, si penulis ni sedang mengulas tindakan TPM yang sedang melancarkan satu dasar baru
"PERKASA BAHASA MELAYU, MANTAPKAN BAHASA INGGERIS"
ditambah dengan usaha memansuhkan PPSMI...

jadi penulis kata yang TPM sepatutnya tak payah risau tentang nasib bahasa Melayu...kenapa?

sekarang kita tengok pemimpin-pemimpin + ahli politik + artis + budak-budak/remaja suka la sesangat nak cakap orang putih walaupun takde la pandai sangat....sehingga kan majlis yang dihadiri oleh beberapa kerat foreigner pun nak disajikan dengan ucapan orang putih..kesian la dekat orang- orang kampung yang dijemput terpaksa guna Google Translate kat smartphone diorang sebab tak berapa faham certain words...

tapi ada satu golongan ni yang masih lagi berbangga dengan bahasa kebangsaan walaupun mereka didatangi golongan modern yang dah lupa beberapa perkataan melayu....BOMOH DAN GENG-GENG MAKHLUK HALUSNYA..

mula-mula aku baca artikel tu memang dah tergelak gile dah...tapi
bila difikir-fikirkan balik selama beberapa microsecond..ada betulnya statement ni...tak kisahlah dalam TV ke, pengalaman sendiri ke, cerita dalam Mastika ke...setiap rawatan berunsur paranormal ni akan membabitkan scene tok bomoh / dukun / atau sesiapa je akan baca mantera dengan Bahasa Melayu baku (no short form lagi)....tak lama lepas tu..kedengaran suara si pesakit ala-ala Ramli Sarip menjawab mewakili suara makhlus halus tu....juga dengan Bahasa Melayu baku..

Bomoh: wahai jembalang dari puncak bukit Broga!!!, kenapa kau masuk ke dalam badan gadis       ini?
Makhluk Halus: kau jangan ganggu aku...paras nya mirip Lisa Surihani...dia sudah menjadi milik aku..pergi!!!pergi!!
scene berterusan sehingga tok bomoh memulakan ritualnya... 

sebenarnya aku faham sangat yang artikel si penulis merupakan satu sindiran berkelas 1 dan memang makan dalam kalau kena pada pembacanya...sebab satu aku ulas sikit kat blog ni supaya yang terlepas Sinar Harian tu boleh pikir-pikir kan apa mesej sebenar si penulis

so takkan la nak biarkan si bomoh yang tak berapa glamor ni nak promote bahasa melayu dekat peringkat global...apa salah nya mencuba....cuba try guna bahasa melayu dalm program yang melibatkan foreigner..mungkin akan lebih berjaya dasar tu...


p/s: sumber: ABD JALIL ALI, dari menara KL, Sinar Harian Edisi KL & Selangor, 28 April 2011

Sunday 24 April 2011

FENOMENA vs fenomena

first sekali nak mohon maaf dari hujung jambul hingga ke hujung kuku ibu jari kaki kiri aku sebab dah agak kekurangan entri....
tapi sebenarnye aku dah ade banyak undone draft kat dalam urat saraf cerebrum aku ni, sampaikan kene import hard drive tambahan dari luar...cuma kekurangan masa menyebabkan beberapa juadah tak dapat di'publish'

jadi sebagai come back aku buat cerita pasal fenomena ni....
tak payah cerita pun korang dah tahu pasal macam mamat berambut kerinting 'Mark Zuckenberg', mencetuskan satu fenomena, atau ada yang anggap dia ni pencetus masalah..suka hati korang la.

Facebook...siapa yang tak tahu mungkin anda tak sedar anda berada di luar lingkungan orbit bumi...so better check balik radar korang yang dah rosak tu,
tapi yang takde account facebook ni, aku istilahkan sebagai 'belum sampai seru'..

so, di sebalik fenomena yang dicetuskan...di Malaysia ada jugak fenomena yang telah wujud dalam status sementara...jadi graphic designer yang tengah kebosanan pun mula mencurahkan idea untuk menggabungkan fenomena2 ni...

dR.Rozmey + facebook = dRbook




 dR rozmey start buat nama kat tanah melayu sejak dia promote filem 2 Alam yang dia terbitkan seolah-olah dia dah suruh James Cameron bikin filem tu untuk dia...sejak dari tu..macam-macam perasaan kagum + teruja berbaur menyampah + meluat wujud...
jadi selaku tribute kepada fenomena semalaya yang terjadi tu...terhasil social network yang hanya melibatkan pengguna Jus Mate 5 dengan peminat filem 2 Alam tu..

usop wilcha + facebook = usopbook


baru-baru ni pulak..muncul la sedara tiri Usop Sontorian ni, usop wilcha..( kalau korang tak kenal uncle ni, korang search la sendiri....)
populariti usop wilcha naik mendadak sehingga ke puncak Burj Dubai setelah filem lakonanya Hantu Kak Limah Balik Rumah meletup-letup....sebenarnya usop wilcha itu cuma character dia dalam filem tu..nama sebenar dia Syed Asri atau nama komersial dia shy8...
 tapi smenjak kemunculan mengejut uncel usop ni, tagline cam
"kite bako, kite bako je"
"cecite, cecite"
dan fenomena tangan 360 degree tu terus melanda ke seluruh negara tak kire la orang tu dah tengok ke belum cerita tu...
so, bila level fenomena tu dah menghampiri level facebook, keluar image ni pulak untuk melambangkan populariti usop ni...

jadi kesimpulan dekat sini...fenomena2 tetap fenomena..sesuatu benda yang jadi fenomena akan dikaitkan dengan fenomena gak..(kalau tak faham apa aku cakap, abaikan je la)



oooppps...ni tertinggal...
disebabkan jodoh yang berputik di 'buku muka' ni...pelakon Zed Zaidi tempah wedding invitation card die macam design facebook.....brilliant idea actually



muka depan


isi kandungan



p/s: Zuckenberg baik kau saman diorang yang guna facebook kau ni sesuka hati, nanti boleh la kau bayar saman adik-beradik winklevoss tu...
 

Saturday 9 April 2011

i'm too busy man!!

superb zeta NGANTOK!!!

elok sit kosong berlambak..kat bawah gak nak tido..

ni pun sama....

ni pulak nak tido selama-lamanya kot.

selesa ke??


ni pictures orang japanese yang mengalami gejala MENGANTUK yang over sesangat...diorang akan landing dekat mana je yang diorang sesuai dan selamat dari bencana tsunami ataupun radiasi
banyak lagi gambar yang lebih DAHSYAT daripada ni...tapi ini pun dah cukup menggerunkan aku..
so...macam entry aku yang sebelum ni, aku suka suruh korang tiru attitude orang jepun.....so lepas ni kalau dah tengok MU lawan CHELSEA kat kedai mamak tepi jalan tu, terus je cari pot cam bus stop, ke laluan pejalan kaki atau mana-mana yang terasa bahagia di hati..adjust sikit badan dengan kepala kiri kanan atas bawah depan belakang, pastu tidur la....kalau nak five star hotal, ada air-cond, pergi je kat KTM Station, beli tiket pergi-balik sampai stesen last sekali, masuk dalam, terus tidur puas-puas kat bawah sit tu...

amacam got the point guys??




pelik?.... pening?.... musykil?    dah hilang akal ke Chef Maya ni????

sebenarnya aku bukan sampai tahap gila sangat nak suruh korang buat bende yang separuh tak siuman ni..
tapi di sebalik gambar-gambar panas diorang, ni ada lagenda tersurat yang perlu dirungkai...
haha!!!!..misteri cam kisah pembunuhan seorang supermodel di apartmen mewah beberapa tahun lalu...(ni abaikan je)

kalau korang nak tau sangat la, depa ni semua mengalami keletihan yang terlampau sehingga otot-otot mata mahupun badan diorang dah tak larat nak tahan keinginan tidur diorang...so mane dapat tempat kosong terus on....
for your information, life dekat jepun memang ultraHECTIC..sebab tu la diorang beraksi secara free macam ni..bayangkan seorang manga-ka (pelukis manga) hanya ada beberapa hari je untuk siapkan manga cam Bleach yang tebal macam ensiklopedia tu...
ditambah lagi dengan jalan cerita yang sangat complicated dan urusan-urusan harian yang nak diselesaikan, memang gila seluruh urat-urat serebrum dibuatnya..
tak cite lagi kerja diorang duduk kat ofis tu. memang sibuk memanjang. tapi disebabkan kehidupan yang sangat sibuk ni la diorang berjaya mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai bidang macam yang korang nampak..

jadi, apa yang aku nak korang ikut kat sini ialah bersungguh-sungguh dalam buat sesuatu terutama dalam kerja. bukan keje 10 minit pastu gi warung kat depan ofis sebab nak layan Wanita Hari Ini....petang pulak sibuk nak balik awal sebab takut terlepas tengok muka Lisa Surihani dalam cerita Adamaya
bila suruh OT..
"tak boleh la bos hari ini...mak mertua datang rumah.."(padahal tengah layan ABP-BH)
so bile kualiti dan produktiviti negara nak setanding teknologi kat jepun tu..waktu kerja pun, banyak tugasan sambilan yang tak berapa penting yang korang buat...(jual kuih raya, MLM, direct selling, thousand drop perfume, insurans dan yang sewaktu dengannya)...

lepas ni, harap mereka2 yang berkenaan bagi la komitmen korang 100% supaya in the future, your great great great grandchildren dapat merasa naik Shikansen nak gi Mid Valley...

Thursday 7 April 2011

air oohhhh air....

tadah.....tadah




gambar ni aku dpat time kampung halaman merangkap kediaman tetap dilanda krisis ayer yang berada pada skala kronik...sume ni gara-gara tindakan badan berkenaan dengan hal ehwal ini menjalankan proses menaiktaraf / membaikpulih kolam takungan mereka...oleh sebab yang dianggap munasabah tu, bekalan air terpaksa dihentikan..
dengan tidak semena-mena satu pot kat Bukit Putus (area jalan Seremban - Kuala Pilah) ni terus menjadi tumpuan ramai seolah-olah Justin Bieber ade menyanyi kat situ....baby,baby, baby.....uhhhh!!
yang jadi kemusykilannya kenapa air kat sini jadi tumpuan berbanding air parit atau sungai yang berdekatan...
ni la antara sebab yang kukuh yang dapat aku senaraikan

1.  sumber air ini dijamin kualitinya oleh SIRIM dan Lembaga Penapisan Filem serta tidak mengandungi unsur-unsur 18SX,18SG,18PL mahupun 18PA serta unsur khurafat dan tahyul...DIJAMIN BERSIH

2.  waktu operasi yang menandingi seven e..dengan khidmat sepenuhnya selama 24 jam

dibuka 24 jam 365 hari setahun...

 3.  kos yang berpatutan....FREE OF CHARGE

vending machine 20sen
tak payah nak bersusah-payah macam amoi ni....

4.  takde jin yang nak menjerit bile korang ambik air kat situ
  "hey manusia!..ini air bukan ko yang punya, tapi Ahmad Badawi yang punye..."
suka hati korang nak ambil berape tong drum sekalipun, tapi ingat-ingat la sikit kat orang lain...bukan                    ko sorang je yang nak air tu...

banyak noe botol nye tu...

5. ade juga bomoh yang takde ijazah cakap air ni elok untuk kesihatan...mungkin sebab air ni terhindar dari bahan kimia yang selalu diletak dalam bekalan air rumah kite, selain itu, air ni gak ditapis secara semula jadi oleh tanah-tanih dan batuan bukit yang menjadikan nye bersih,suci sesuci Safi....gunakan tanpa was-was

6.menjimatkan masa bagi mereka yang memang kesuntukan masa, sebab air ni tak perlu dimasak dan boleh teguk on the spot kat situ gak....

7. siap ada MPAF ( Majlis Penyelenggaraan Air Free)...diorang ni ibarat badan bertindak yang melantik diri sendiri untuk menjaga kebajikan pengguna dengan menyediakan jambatan serta platform yang selesa untuk orang yang ambik air kat sini.

jambatan rekaan 

.siap buat papan tanda "DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI!!"

mungkin disebabkan reasons ni la, rombongan Cik Kiah ni datang untuk ambil air sini....
actually fenomena air bukit dah banyak terjadi kat kawasan berbukit lain jam kat Jelebu dan Inas ( setakat pengetahuan aku )...dan dikhabarkan keadaannye lebih dashyat..macam ada pesta joget M Daud Kilau.
kebanyakan mereka menjadikan air ni sebagai air minuman harian kerana mungkin ia lebih selamat dan berkhasiat...

so daripada coret-coret aku yang korang nampak cam tak berfaedah ni, aku cuma nak tekankan yang korang kene ingat bahawa betapa alam sekitar ni penting pada kehidupan kita....walau hebat manapun teknologi sistem air yang dicipta, tapi bila ada probs, terus orang akan meraban cari balik air bukit, air sungai yang diorang dah cemarkan dulu. so tak payah la korang guna skil kriket atau baseball korang untuk baling sampah-sarap kat dalam sungai atau laut, takut2 nanti korang yang makan balik sampah-sampah tu bila dunia alami krisis air nanti..........beringat sebelum kene, jangan dah kene buat-buat tak ingat.....

Tuesday 5 April 2011

bahasa ibunda

tetibe aku rase macam nak meneruskan penceritaan hikayat 1007 malam ni...
hari tu aku ade story sikit pasal japanese punye perangai. so aku berharap sangat para pembaca yang sememangnya tak buta huruf tu agar tak membutakan hati korang...at least take something good from that and apply it in your daily life..got it dude!!!

the other new thing yang aku discover dari negara Ultraman ni ialah camne diorang ni suka sangat kat bahasa diorang..NIPPON!!in fact ade dalam kalangan diorang yang tak fasih / tak tahu / tak ambil tahu pun pasal English...even they know that English is global language...bende ni bukan terjadi kat golongan bawahan atau orang-orang biasa je...tapi pemimpin dan VVIP serta VIP pun dua kali lima jugak.... ( takkan seoarang leader tak boleh cakap omputih????)

bukan tak buleh, tapi diorang lagi prefer nak cakap dengan bahasa ibunda diorang...they proud with their own language .diorang anggap itu adalah the best way untuk ajak orang belajar bahasa diorang yang memang susah tahap gaban.(ada gak yang dah belajar sikit2 supaya senang nak tengok anime)
ni aku bagi example yang clear sikit..YUKO YAMASHITA..dia ni merupakan seorang pakar rambut dari jepun yang join program Sunsilk Co-Creation 




die ni memang akan guna bahasa nenek moyang die tu walau dalam apa acara sekalipun..tak pasti samada die memang tak reti nak speaking atau she does'nt want to speak in English. even time interview dengan orang Sunsilk, die akan gune khidmat translater untuk faham soalan yang diberikan dan jawab balik dalam bahasa jepun....SELAMBE JEEERRR!!!
jadi bila nak dibandingkan dengan kite orang melayu ni, yang kadang-kadang tu sibuk nak cakap omputih walaupun kat dalam Majlis Perasmian Sukaneka Kampung Pisang
bukan nak suruh korang lupakan bahasa penjajah ni sebab English pun penting bila kau nak pergi oversea ataupun mulakan karier nanti .. tapi cintakan bahasa ibunda kita, BAHASA MELAYU..banyak-banyakkan guna bahasa ni dari bahasa Mr.Bean tu
orang luar sibuk nak belajar bahasa melayu sampai buat pertandingan debate bedebukk bedebakk!!!
budak-budak sekarang pulak ada yang tanya..

"lada? cabai? what's that mom? you never thaught me this before.."
so, seimbang ilmu anda, dedahkan english tak salah, but never let the new generation forget about this beautiful and unique bahasa..jangan sampai jahil dengan bahasa sendiri..MALU nanti...
anyway, aku pun minta maaf sebab aku pun gune bahasa-bahasa Brad Pitt ngan Tom Cruise ni dalam menu JUADAH MAYA ni., sorry my readers...(ah sorry,sorry) ai...!!salah lagi,   
MINTA MAAF PARA PEMBACA..
cume ...cuba sekali-sekala kalau ada event yang besar2 tu..try gunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi...who knows, some days bahasa melayu akan jadi Lingua Franca time zaman Tun Perak dulu..
mungkin dijadikan syarat supaya perlu menguasai bahasa melayu apabila nak melancong kat sini...jadi mat-mat saleh ni pun start lah belajar bahasa melayu...(cuma memberi cadangan, tak salah nak cuba)


p/s: for girls and some boys yang interested, selain dengar bebelan aku ni, korang dah dapat free hair straight tips dari expert YUKO YAMASHITA