Friday 29 April 2011

Bahasa Ibunda (Part2)

secara tiba-tiba neuron aku seakan memberi aku tenaga yang melampau yang digaul dengan sedikit adrenalin untuk aku menyambung bab bahasa ibunda yang aku post sebelum ni.

hal ni terjadi bila aku terbaca satu artikel dekat Sinar Harian (surat khabar yang jarang sekali dibeli aku..tapi aku sebab ada benda intersting kat dalam tu on that day...just guess on it..never imagine it or you'll get something bad)..
so lepas ni jangan nak sue aku kat court sebab plagiat artikel orang...i'm just comment based on it

jadi nak dipendekkan artikel, si penulis ni sedang mengulas tindakan TPM yang sedang melancarkan satu dasar baru
"PERKASA BAHASA MELAYU, MANTAPKAN BAHASA INGGERIS"
ditambah dengan usaha memansuhkan PPSMI...

jadi penulis kata yang TPM sepatutnya tak payah risau tentang nasib bahasa Melayu...kenapa?

sekarang kita tengok pemimpin-pemimpin + ahli politik + artis + budak-budak/remaja suka la sesangat nak cakap orang putih walaupun takde la pandai sangat....sehingga kan majlis yang dihadiri oleh beberapa kerat foreigner pun nak disajikan dengan ucapan orang putih..kesian la dekat orang- orang kampung yang dijemput terpaksa guna Google Translate kat smartphone diorang sebab tak berapa faham certain words...

tapi ada satu golongan ni yang masih lagi berbangga dengan bahasa kebangsaan walaupun mereka didatangi golongan modern yang dah lupa beberapa perkataan melayu....BOMOH DAN GENG-GENG MAKHLUK HALUSNYA..

mula-mula aku baca artikel tu memang dah tergelak gile dah...tapi
bila difikir-fikirkan balik selama beberapa microsecond..ada betulnya statement ni...tak kisahlah dalam TV ke, pengalaman sendiri ke, cerita dalam Mastika ke...setiap rawatan berunsur paranormal ni akan membabitkan scene tok bomoh / dukun / atau sesiapa je akan baca mantera dengan Bahasa Melayu baku (no short form lagi)....tak lama lepas tu..kedengaran suara si pesakit ala-ala Ramli Sarip menjawab mewakili suara makhlus halus tu....juga dengan Bahasa Melayu baku..

Bomoh: wahai jembalang dari puncak bukit Broga!!!, kenapa kau masuk ke dalam badan gadis       ini?
Makhluk Halus: kau jangan ganggu aku...paras nya mirip Lisa Surihani...dia sudah menjadi milik aku..pergi!!!pergi!!
scene berterusan sehingga tok bomoh memulakan ritualnya... 

sebenarnya aku faham sangat yang artikel si penulis merupakan satu sindiran berkelas 1 dan memang makan dalam kalau kena pada pembacanya...sebab satu aku ulas sikit kat blog ni supaya yang terlepas Sinar Harian tu boleh pikir-pikir kan apa mesej sebenar si penulis

so takkan la nak biarkan si bomoh yang tak berapa glamor ni nak promote bahasa melayu dekat peringkat global...apa salah nya mencuba....cuba try guna bahasa melayu dalm program yang melibatkan foreigner..mungkin akan lebih berjaya dasar tu...


p/s: sumber: ABD JALIL ALI, dari menara KL, Sinar Harian Edisi KL & Selangor, 28 April 2011

Sunday 24 April 2011

FENOMENA vs fenomena

first sekali nak mohon maaf dari hujung jambul hingga ke hujung kuku ibu jari kaki kiri aku sebab dah agak kekurangan entri....
tapi sebenarnye aku dah ade banyak undone draft kat dalam urat saraf cerebrum aku ni, sampaikan kene import hard drive tambahan dari luar...cuma kekurangan masa menyebabkan beberapa juadah tak dapat di'publish'

jadi sebagai come back aku buat cerita pasal fenomena ni....
tak payah cerita pun korang dah tahu pasal macam mamat berambut kerinting 'Mark Zuckenberg', mencetuskan satu fenomena, atau ada yang anggap dia ni pencetus masalah..suka hati korang la.

Facebook...siapa yang tak tahu mungkin anda tak sedar anda berada di luar lingkungan orbit bumi...so better check balik radar korang yang dah rosak tu,
tapi yang takde account facebook ni, aku istilahkan sebagai 'belum sampai seru'..

so, di sebalik fenomena yang dicetuskan...di Malaysia ada jugak fenomena yang telah wujud dalam status sementara...jadi graphic designer yang tengah kebosanan pun mula mencurahkan idea untuk menggabungkan fenomena2 ni...

dR.Rozmey + facebook = dRbook




 dR rozmey start buat nama kat tanah melayu sejak dia promote filem 2 Alam yang dia terbitkan seolah-olah dia dah suruh James Cameron bikin filem tu untuk dia...sejak dari tu..macam-macam perasaan kagum + teruja berbaur menyampah + meluat wujud...
jadi selaku tribute kepada fenomena semalaya yang terjadi tu...terhasil social network yang hanya melibatkan pengguna Jus Mate 5 dengan peminat filem 2 Alam tu..

usop wilcha + facebook = usopbook


baru-baru ni pulak..muncul la sedara tiri Usop Sontorian ni, usop wilcha..( kalau korang tak kenal uncle ni, korang search la sendiri....)
populariti usop wilcha naik mendadak sehingga ke puncak Burj Dubai setelah filem lakonanya Hantu Kak Limah Balik Rumah meletup-letup....sebenarnya usop wilcha itu cuma character dia dalam filem tu..nama sebenar dia Syed Asri atau nama komersial dia shy8...
 tapi smenjak kemunculan mengejut uncel usop ni, tagline cam
"kite bako, kite bako je"
"cecite, cecite"
dan fenomena tangan 360 degree tu terus melanda ke seluruh negara tak kire la orang tu dah tengok ke belum cerita tu...
so, bila level fenomena tu dah menghampiri level facebook, keluar image ni pulak untuk melambangkan populariti usop ni...

jadi kesimpulan dekat sini...fenomena2 tetap fenomena..sesuatu benda yang jadi fenomena akan dikaitkan dengan fenomena gak..(kalau tak faham apa aku cakap, abaikan je la)



oooppps...ni tertinggal...
disebabkan jodoh yang berputik di 'buku muka' ni...pelakon Zed Zaidi tempah wedding invitation card die macam design facebook.....brilliant idea actually



muka depan


isi kandungan



p/s: Zuckenberg baik kau saman diorang yang guna facebook kau ni sesuka hati, nanti boleh la kau bayar saman adik-beradik winklevoss tu...
 

Saturday 9 April 2011

i'm too busy man!!

superb zeta NGANTOK!!!

elok sit kosong berlambak..kat bawah gak nak tido..

ni pun sama....

ni pulak nak tido selama-lamanya kot.

selesa ke??


ni pictures orang japanese yang mengalami gejala MENGANTUK yang over sesangat...diorang akan landing dekat mana je yang diorang sesuai dan selamat dari bencana tsunami ataupun radiasi
banyak lagi gambar yang lebih DAHSYAT daripada ni...tapi ini pun dah cukup menggerunkan aku..
so...macam entry aku yang sebelum ni, aku suka suruh korang tiru attitude orang jepun.....so lepas ni kalau dah tengok MU lawan CHELSEA kat kedai mamak tepi jalan tu, terus je cari pot cam bus stop, ke laluan pejalan kaki atau mana-mana yang terasa bahagia di hati..adjust sikit badan dengan kepala kiri kanan atas bawah depan belakang, pastu tidur la....kalau nak five star hotal, ada air-cond, pergi je kat KTM Station, beli tiket pergi-balik sampai stesen last sekali, masuk dalam, terus tidur puas-puas kat bawah sit tu...

amacam got the point guys??




pelik?.... pening?.... musykil?    dah hilang akal ke Chef Maya ni????

sebenarnya aku bukan sampai tahap gila sangat nak suruh korang buat bende yang separuh tak siuman ni..
tapi di sebalik gambar-gambar panas diorang, ni ada lagenda tersurat yang perlu dirungkai...
haha!!!!..misteri cam kisah pembunuhan seorang supermodel di apartmen mewah beberapa tahun lalu...(ni abaikan je)

kalau korang nak tau sangat la, depa ni semua mengalami keletihan yang terlampau sehingga otot-otot mata mahupun badan diorang dah tak larat nak tahan keinginan tidur diorang...so mane dapat tempat kosong terus on....
for your information, life dekat jepun memang ultraHECTIC..sebab tu la diorang beraksi secara free macam ni..bayangkan seorang manga-ka (pelukis manga) hanya ada beberapa hari je untuk siapkan manga cam Bleach yang tebal macam ensiklopedia tu...
ditambah lagi dengan jalan cerita yang sangat complicated dan urusan-urusan harian yang nak diselesaikan, memang gila seluruh urat-urat serebrum dibuatnya..
tak cite lagi kerja diorang duduk kat ofis tu. memang sibuk memanjang. tapi disebabkan kehidupan yang sangat sibuk ni la diorang berjaya mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai bidang macam yang korang nampak..

jadi, apa yang aku nak korang ikut kat sini ialah bersungguh-sungguh dalam buat sesuatu terutama dalam kerja. bukan keje 10 minit pastu gi warung kat depan ofis sebab nak layan Wanita Hari Ini....petang pulak sibuk nak balik awal sebab takut terlepas tengok muka Lisa Surihani dalam cerita Adamaya
bila suruh OT..
"tak boleh la bos hari ini...mak mertua datang rumah.."(padahal tengah layan ABP-BH)
so bile kualiti dan produktiviti negara nak setanding teknologi kat jepun tu..waktu kerja pun, banyak tugasan sambilan yang tak berapa penting yang korang buat...(jual kuih raya, MLM, direct selling, thousand drop perfume, insurans dan yang sewaktu dengannya)...

lepas ni, harap mereka2 yang berkenaan bagi la komitmen korang 100% supaya in the future, your great great great grandchildren dapat merasa naik Shikansen nak gi Mid Valley...

Thursday 7 April 2011

air oohhhh air....

tadah.....tadah




gambar ni aku dpat time kampung halaman merangkap kediaman tetap dilanda krisis ayer yang berada pada skala kronik...sume ni gara-gara tindakan badan berkenaan dengan hal ehwal ini menjalankan proses menaiktaraf / membaikpulih kolam takungan mereka...oleh sebab yang dianggap munasabah tu, bekalan air terpaksa dihentikan..
dengan tidak semena-mena satu pot kat Bukit Putus (area jalan Seremban - Kuala Pilah) ni terus menjadi tumpuan ramai seolah-olah Justin Bieber ade menyanyi kat situ....baby,baby, baby.....uhhhh!!
yang jadi kemusykilannya kenapa air kat sini jadi tumpuan berbanding air parit atau sungai yang berdekatan...
ni la antara sebab yang kukuh yang dapat aku senaraikan

1.  sumber air ini dijamin kualitinya oleh SIRIM dan Lembaga Penapisan Filem serta tidak mengandungi unsur-unsur 18SX,18SG,18PL mahupun 18PA serta unsur khurafat dan tahyul...DIJAMIN BERSIH

2.  waktu operasi yang menandingi seven e..dengan khidmat sepenuhnya selama 24 jam

dibuka 24 jam 365 hari setahun...

 3.  kos yang berpatutan....FREE OF CHARGE

vending machine 20sen
tak payah nak bersusah-payah macam amoi ni....

4.  takde jin yang nak menjerit bile korang ambik air kat situ
  "hey manusia!..ini air bukan ko yang punya, tapi Ahmad Badawi yang punye..."
suka hati korang nak ambil berape tong drum sekalipun, tapi ingat-ingat la sikit kat orang lain...bukan                    ko sorang je yang nak air tu...

banyak noe botol nye tu...

5. ade juga bomoh yang takde ijazah cakap air ni elok untuk kesihatan...mungkin sebab air ni terhindar dari bahan kimia yang selalu diletak dalam bekalan air rumah kite, selain itu, air ni gak ditapis secara semula jadi oleh tanah-tanih dan batuan bukit yang menjadikan nye bersih,suci sesuci Safi....gunakan tanpa was-was

6.menjimatkan masa bagi mereka yang memang kesuntukan masa, sebab air ni tak perlu dimasak dan boleh teguk on the spot kat situ gak....

7. siap ada MPAF ( Majlis Penyelenggaraan Air Free)...diorang ni ibarat badan bertindak yang melantik diri sendiri untuk menjaga kebajikan pengguna dengan menyediakan jambatan serta platform yang selesa untuk orang yang ambik air kat sini.

jambatan rekaan 

.siap buat papan tanda "DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI!!"

mungkin disebabkan reasons ni la, rombongan Cik Kiah ni datang untuk ambil air sini....
actually fenomena air bukit dah banyak terjadi kat kawasan berbukit lain jam kat Jelebu dan Inas ( setakat pengetahuan aku )...dan dikhabarkan keadaannye lebih dashyat..macam ada pesta joget M Daud Kilau.
kebanyakan mereka menjadikan air ni sebagai air minuman harian kerana mungkin ia lebih selamat dan berkhasiat...

so daripada coret-coret aku yang korang nampak cam tak berfaedah ni, aku cuma nak tekankan yang korang kene ingat bahawa betapa alam sekitar ni penting pada kehidupan kita....walau hebat manapun teknologi sistem air yang dicipta, tapi bila ada probs, terus orang akan meraban cari balik air bukit, air sungai yang diorang dah cemarkan dulu. so tak payah la korang guna skil kriket atau baseball korang untuk baling sampah-sarap kat dalam sungai atau laut, takut2 nanti korang yang makan balik sampah-sampah tu bila dunia alami krisis air nanti..........beringat sebelum kene, jangan dah kene buat-buat tak ingat.....

Tuesday 5 April 2011

bahasa ibunda

tetibe aku rase macam nak meneruskan penceritaan hikayat 1007 malam ni...
hari tu aku ade story sikit pasal japanese punye perangai. so aku berharap sangat para pembaca yang sememangnya tak buta huruf tu agar tak membutakan hati korang...at least take something good from that and apply it in your daily life..got it dude!!!

the other new thing yang aku discover dari negara Ultraman ni ialah camne diorang ni suka sangat kat bahasa diorang..NIPPON!!in fact ade dalam kalangan diorang yang tak fasih / tak tahu / tak ambil tahu pun pasal English...even they know that English is global language...bende ni bukan terjadi kat golongan bawahan atau orang-orang biasa je...tapi pemimpin dan VVIP serta VIP pun dua kali lima jugak.... ( takkan seoarang leader tak boleh cakap omputih????)

bukan tak buleh, tapi diorang lagi prefer nak cakap dengan bahasa ibunda diorang...they proud with their own language .diorang anggap itu adalah the best way untuk ajak orang belajar bahasa diorang yang memang susah tahap gaban.(ada gak yang dah belajar sikit2 supaya senang nak tengok anime)
ni aku bagi example yang clear sikit..YUKO YAMASHITA..dia ni merupakan seorang pakar rambut dari jepun yang join program Sunsilk Co-Creation 




die ni memang akan guna bahasa nenek moyang die tu walau dalam apa acara sekalipun..tak pasti samada die memang tak reti nak speaking atau she does'nt want to speak in English. even time interview dengan orang Sunsilk, die akan gune khidmat translater untuk faham soalan yang diberikan dan jawab balik dalam bahasa jepun....SELAMBE JEEERRR!!!
jadi bila nak dibandingkan dengan kite orang melayu ni, yang kadang-kadang tu sibuk nak cakap omputih walaupun kat dalam Majlis Perasmian Sukaneka Kampung Pisang
bukan nak suruh korang lupakan bahasa penjajah ni sebab English pun penting bila kau nak pergi oversea ataupun mulakan karier nanti .. tapi cintakan bahasa ibunda kita, BAHASA MELAYU..banyak-banyakkan guna bahasa ni dari bahasa Mr.Bean tu
orang luar sibuk nak belajar bahasa melayu sampai buat pertandingan debate bedebukk bedebakk!!!
budak-budak sekarang pulak ada yang tanya..

"lada? cabai? what's that mom? you never thaught me this before.."
so, seimbang ilmu anda, dedahkan english tak salah, but never let the new generation forget about this beautiful and unique bahasa..jangan sampai jahil dengan bahasa sendiri..MALU nanti...
anyway, aku pun minta maaf sebab aku pun gune bahasa-bahasa Brad Pitt ngan Tom Cruise ni dalam menu JUADAH MAYA ni., sorry my readers...(ah sorry,sorry) ai...!!salah lagi,   
MINTA MAAF PARA PEMBACA..
cume ...cuba sekali-sekala kalau ada event yang besar2 tu..try gunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi...who knows, some days bahasa melayu akan jadi Lingua Franca time zaman Tun Perak dulu..
mungkin dijadikan syarat supaya perlu menguasai bahasa melayu apabila nak melancong kat sini...jadi mat-mat saleh ni pun start lah belajar bahasa melayu...(cuma memberi cadangan, tak salah nak cuba)


p/s: for girls and some boys yang interested, selain dengar bebelan aku ni, korang dah dapat free hair straight tips dari expert YUKO YAMASHITA


twin!!

kembar siam versatil!!!! NYANYI + TENIS


memang takde keje....tetibe aku terasa muka diorang dekat2 (maybe their hairstyle are obviously same), so aku letak je la kat sini..

ade yang tak kenal ke minah2 ni? ......ape susah..
open new tab, then wiki je name tu...simple as ABC (tapi kalau nak buat air batu campur tu, susah sikit ler)

p/s: swift looks prettier than wozniacki

that's japanese..

semua orang tahu yang kite baru dikhabarkan berita yang amat memilukan tentang bencana tsunami yang melanda sebuah negara bernama Jepun. tsunami yang berlaku adalah antara terrrrrrDAHSYAT sekali!!!

Gambar used car kat Jepun..L0L

aku rase tak perlu aku post gambar berlambak-lambak kat sini, macam yang dikhabarkan dalam Buletin Utama dan Nasi Lemak Kopi O, kerosakan yang dialami negara ni seakan-akan mengulangi peristiwa pahit Hiroshima dan Nagasaki...bukan setakat tu je, kemusnahan tu disedapkan lagi xtra ancaman radiasi akibat dari kebocoran loji nuklear kat Fukushima. bile dah jadi camni semua superhero dan wira anime/manga rekaan Akira Toriyama dah tenggelam dalam tsunami tu.so tinggal lah macam-macam badan sukarela,paksarela atau suka-suka mahupun orang-orang persendirian yang datang menghulurkan bantuan dengan atas name kemanusiaan ataupun atas name manusia (derma untuk name) kepada mangsa yang terlibat...dan  semenjak dari tu gak ramai orang ambik tahu tentang jepun

actually, aku nak story sumthing  pasal Japanese yang sangat menarik perhatian aku seolah-olah Lisa Surihani tengah photoshoot (harap-harap berlaku...haha). its all about their attitude...mungkin ramai yang dah tahu dan muak bende ni...tapi pada perpekstif 3D aku..bende ni memang sangat penting..


SILA TUNGGU GILIRAN ANDA!










korang tengok je dah taw da.. how disciplined the Japanese...diorang still line up even diorang dalam
kesusahan yang teramat sangat selain keadaan bekalan makanan yang tersangat limited..(tak taw la kalau ni rancangan hipokrit besar-besaran yang dirancang pemimpin diorang macam sekolah2 selalu buat bile ade lawatan dari luar).tapi ni lah realiti orang-orang Jepun.care for others...

bukan nak puji melambung-lambung sampai bumbung Burj Khalifa..tapi cube kite bandingkan dengan how malaysians act when the disaster happened..even lau takde disaster pun orang dah berebut untuk dapatkan sesuatu macam naik bas Rapid KL ke, nak minta autograph Faizal Tahir lepas die perform ke,..sometime lagi geram bile kat bank, orang line up elok-elok macam assembly kat sekolah dulu-dulu, tetibe ada mamat/minah/makcik/pakcik or whatever la yang terus pergi sudut penjuru ufuk timur atau barat kaunter untuk dapatkan layanan berkelas VIP sedangkan yang lain terpaksa menunggu untuk layanan yang ntah berape bintang...bukan nak sangka buruk, mungkin tu emergency case, tapi sekurang-kurangnya respect orang lain yang tengah line up macam lipan bara (ngan hati diorang pun tengah membara-bara)
bukan susah, as example, tanya kat orang yang line up tu:-
"excuse me, ni line untuk urusan bla bla bla ....................ni ke?"
or 

"urmmm...untuk urusan bla bla bla........ni, kene beratur ke? sebab saye rase urusan ni tak yah line up kot"
atau kalau korang rase dalam mulut korang tu macam ada lori Scania bawak balak tu,(susah nak bercakap atau malu), cukuplah just senyum(bukan senyum kambing) dan tak payah buat muke menjengkelkan yang nak tunjuk korang dah selesaikan urusan korang sambil dalam benak hati tu cakap.."takyah beratur panjang-panjang..hahha..B***H!!!"
(memang nak kena baling ngan kerusi kat bank tu agaknye)

kesimpulan yang aku nak simpul mati dekat sini, simple je..apa salah beratur kalau korang rase memang patut beratur..care for others

malas nak tulis panjang2..ada OTAK + AKAL + HATI + ILMU - NAFSU = pikirlah sendiri..

Sunday 3 April 2011

guest the blogger

sepanjang perjalanan ini ( ala-ala Zaiton Sameon).....walaupun tak berape panjang perjalanan aku dalam meneroka dunia blog ni, aku dah menjalankan satu research terhadap blog yang aku rase dah melayakkan aku tuk dapat NOBLE Awards tuk kategori penerima award lebihan taun lepas.
mule-mule first time aku skodeng blog tuk mencari idea atau cerite atau fakta mengarut yang dapat menghiburkan hati yang luka bak ditusuk Sembilu II...dan secara logiknye aku memang dapat bende-bende tu..
tapi dalam keadaan yang penuh un'SANGKA'rable (credit ntuk Hasbullah Awang sebab create word ni), aku telah menemui penemuan yang aku rase sangat SUPER DUPER ULTRA TERA!! hebatnye ke atas blog-blog yang dikaji.

actually by observing to the blog, we can guest either the bloggers is right-handed or left-handed, haha!!..camne tu? nanti aku cerite... first thing first, if the blogger is Nash or Man Kidal, we already known that they are Lefthanded...( pahal aku speaking tak tentu-hala ni)..the rest?? aku nak explain la ni..

sebenarnye hipotesis aku takla sehebat hipotesis sahabatku time Paper 3 Bio SPM ari tu....tapi berdasarkan pemerhatian yang penuh berhati-hati dan inferens yang penuh reference terhadap blogger yang memang aku kenali budi pekertinye...HYPOTHESIS IS ACCEPTED!!

as example aku bagi beberapa contoh blog kenalan aku ni yang lefthanded.(kalau nak konfem, korang tak diberi laluan alternatif selain bukak dan explore blog ni..

dah bukak?...amacam dapat tak ape aku selitkan kat hypothesis murahan aku tadi...

camne lak aku bleh discover diorang tahap penggunaan tangan kiri dari blog they'all...kalau korang prasan mamat blogger Lefthanded ni akan letak gadget diorang more on the left side..because they love 'LEFT' very much...so untuk menaikkan taraf hypothesis aku ke kelas yang lebih tinggi, aku pun observe blogger yang bertangan kanan, dan seperti yang aku jangka sejak azali, diorang akan susun gadget diorang bertingkat-tingkat kat sebelah kanan...so camne jelas dan tak perlu nak disuluh ngan lampu limpah Stadium Paroi dah, memang berjaya hypothesis aku..
Hahaha!!!!!( gelak cam villain dalam Marvel Comic:Professor Klon)
(tapi yang letak gadget diorang kat atas ngan bawah tu, aku classified diorang dalam group HANDICAPPED Blogger..LOL)..

sebagai peringatan..korang jangan gunakan hypotesis aku yang bertaraf 2 bintang setengah ni sebagai facts yang boleh korang pakai kat serata pelusuk dunia termasuk Uganda ngan Ethiopia..mungkin ade saintis mude yang tak berape muda dalam kalangan korang yang nak menjalankan kajian research dengan lebih serius, aku persilakan supaya korang bleh letak hasil kajian tu kat MASTIKA bulan depan..

p/s: either the bloggers are lefthanded or right-handed, they are still typing the posts using the both hands...xD

malaysian's paramedic

jeng!!!!!



jeng!!jeng!!



gedegangg!!!




ni la preview kemalangan yang berlaku antara sebuah kereta Honda Accord ngan Perodua Myvi kat depan teratak aku...bende nie jadi time aku tengah syok layan Melodi.yang seolah-olah dah hilang seri semenjak Dira jadi pengacara kat situ, tetibe je dengar bunyi yang pada firasat aku sesuatu yang buruk akan berlaku..
"shhhreeettt.............."
tak sampai 0.0009 saat, satu bunyi menyusuli  bunyi tadi menandakan perkara buruk tu memeng sah dan sahih telah terjadi
"bannggg!!!!!"
memang amazing bunyinye hingga mampu menghantar impulse ntuk menggerakkan otot-otot kaki aku tuk bergegas ke scene kejadian seolah-olah aku baru saje dilantik menjadi wartawan bebas ntuk majalah MASTIKA.
time tu orang-orang dan pemandu yang ada bau-bau bacang ngan accident tu pun berenti dan memenuhkan tempat kejadian seolah-olah Ramli Sarip nak buat konsert. masing-masing trus bertindak ntuk buat apa yang patut (ambik gambar/video ntuk fb,twitter&blog, tepon ambulans,bomba, polis,selamatkan mangsa,jaga lalulintas, tengok dan bagi ulasan serta tak dilupakan catit no plat kereta ntuk tujuan khusus).

actually, main thing yang aku nak highlight kat sini gune STABILO highlighter aku ialah attitude Malaysian waktu tu yang memang aku respect tahap Nazi..secara automatik, sume/beberapa orang yang ade kat situ trus menghulurkan bantuan dan ringankan beban ngan tolong keluarkan seorang driver Chinese tua yang tersepit kat tempat driver. ade yang siap cari besi tuk umpil bahagian depan kete yang menghimpit kaki uncle tu.
paling awesome, ramai2 yang tolong, ade la satu group belia ni yang datang cam Power Rangers ntah dari mane bersama complete set of  first aid kit...diorang punterus bagi rawatan kecemasan kat mangsa yang cedera tu ala-ala paramedik yang yak bertauliah..maybe they'all ni high com ntuk PBSM atau St John Ambulans time diorang skola dlu, so ade basic sket pasal rawat-merawat ni.


lau korang usha video sepenuh teliti dan ketenangan korang akan nampak ade mamat yang pakai topi sedang memulakan sesi rawatan percumanye bersame geng Power Rangersnye.memang cool!!!.. takyah nak tunggu dipanggil dengan rilek dan bersahaja beliau menunjukkan talent beliau dalam bidang jururawat...gua tabik spring besi kat lu...at least tindakan diorang tu dapat mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku kat mangsa2 accident tu.
hopefully ramai lagi warganegara yang dapat mengubah attitude supaya ade perasaan prihatin dan simpati tak kire korang anak tokey ke, anak kuli ke. semua ni agar satu perpaduan yang teguh umpama tembok batu kat Empangan Bakun dapt dibentuk.bukannye susah,  cume ikhlaskan la hati korang yang tak tahu statusnye tu skrang agar mudah nak menabur bakti kat orang even they are foreigners..take note guys!!


p/s:credit tuk ayahanda yang mengaplikasikan Xperia kesayangannye  ntuk gambar dan video yang sangat bernilai ni..

Friday 1 April 2011

Hikayat Juadah Maya

dap! dup! dap!...macam-macam aku rase bile nak start blogging ni....ye la dulu tak tahu pun pasal blog2 ni.
mane tak nye, dulu aku layan web, internet nie pun kurang...tapi setelah aku berjaya menamatkan satu perjuangan yang bertaraf World War II bagi aku, aku start layan internet bagi menghilangkan tahap kebosanan yang dah mencecah berjuta tan metrik ni.


facebook. 
well,  bende ni takde la menjadi ketaksuban aku sebagaimana aku taksub terhadap lagu-lagu Maher Zain tyme sekolah dulu...
" taknak lost contact ngan my fren "
tu la skema jawapan kepada soalan tentang ke'fanatik'an (ade ke word ni) terhadap hasil kerja mamat Harvard berambut kerinting tu.
Bile dah menerokai dunia internet yang takde pagar atau tembok seumpama Great Wall  yang menahan...macam-macam bende aku dah sangkut....

BLOGGING
mule-mule tengok blog aku bukak blog kak elia ( girlfren budak kelantan berwajah Jet Li Harimau Malaya).

jejariruncing - runcing ke?

Oooo...nie ke blog...cite pasal boifren, cinta and life yang aku rasa memang susah tahap ultra nak cite kat orang...tapi die sempoi..next ak tersengaja terjumpa blog bro Obefeind yang buat aku tukar impression aku terhadap dunia blogging..
" ni lagi sempoi...sukati je nak cite ape.."

Blog serius
then pastu aku search blog seumpama ni seterusnye memberi kepuasan kat empunya tuk follow.
tap..tap kawan-kawan dah bergondong join blogging macam nak pergi audition Akademi Fantasia
at that time aku tahu yang blog ruangan untuk mereka yang tak puas menulis kat dalam Kertas Bahasa Melayu time SPM dulu....so diorang tuangkan segala idea bernas ala-ala Steve Job kat kertas yang tak ade cop Lembaga Peperiksaan Malaysia ni...yang best boleh letak gambar ngan video ikut sukati korang...takde pengawas nak tegur...

So..aku rase sebagai mukadimah, ini juadah yang pertama merangkap asal-asul blog ni..mungkin x sehebat Hikayat Merong Mahawangsa atau Lord Of The Ring, tapi cukup jelas sejelas wajah dDr di helaian Harian Metro


chow!!