Thursday 7 April 2011

air oohhhh air....

tadah.....tadah




gambar ni aku dpat time kampung halaman merangkap kediaman tetap dilanda krisis ayer yang berada pada skala kronik...sume ni gara-gara tindakan badan berkenaan dengan hal ehwal ini menjalankan proses menaiktaraf / membaikpulih kolam takungan mereka...oleh sebab yang dianggap munasabah tu, bekalan air terpaksa dihentikan..
dengan tidak semena-mena satu pot kat Bukit Putus (area jalan Seremban - Kuala Pilah) ni terus menjadi tumpuan ramai seolah-olah Justin Bieber ade menyanyi kat situ....baby,baby, baby.....uhhhh!!
yang jadi kemusykilannya kenapa air kat sini jadi tumpuan berbanding air parit atau sungai yang berdekatan...
ni la antara sebab yang kukuh yang dapat aku senaraikan

1.  sumber air ini dijamin kualitinya oleh SIRIM dan Lembaga Penapisan Filem serta tidak mengandungi unsur-unsur 18SX,18SG,18PL mahupun 18PA serta unsur khurafat dan tahyul...DIJAMIN BERSIH

2.  waktu operasi yang menandingi seven e..dengan khidmat sepenuhnya selama 24 jam

dibuka 24 jam 365 hari setahun...

 3.  kos yang berpatutan....FREE OF CHARGE

vending machine 20sen
tak payah nak bersusah-payah macam amoi ni....

4.  takde jin yang nak menjerit bile korang ambik air kat situ
  "hey manusia!..ini air bukan ko yang punya, tapi Ahmad Badawi yang punye..."
suka hati korang nak ambil berape tong drum sekalipun, tapi ingat-ingat la sikit kat orang lain...bukan                    ko sorang je yang nak air tu...

banyak noe botol nye tu...

5. ade juga bomoh yang takde ijazah cakap air ni elok untuk kesihatan...mungkin sebab air ni terhindar dari bahan kimia yang selalu diletak dalam bekalan air rumah kite, selain itu, air ni gak ditapis secara semula jadi oleh tanah-tanih dan batuan bukit yang menjadikan nye bersih,suci sesuci Safi....gunakan tanpa was-was

6.menjimatkan masa bagi mereka yang memang kesuntukan masa, sebab air ni tak perlu dimasak dan boleh teguk on the spot kat situ gak....

7. siap ada MPAF ( Majlis Penyelenggaraan Air Free)...diorang ni ibarat badan bertindak yang melantik diri sendiri untuk menjaga kebajikan pengguna dengan menyediakan jambatan serta platform yang selesa untuk orang yang ambik air kat sini.

jambatan rekaan 

.siap buat papan tanda "DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI!!"

mungkin disebabkan reasons ni la, rombongan Cik Kiah ni datang untuk ambil air sini....
actually fenomena air bukit dah banyak terjadi kat kawasan berbukit lain jam kat Jelebu dan Inas ( setakat pengetahuan aku )...dan dikhabarkan keadaannye lebih dashyat..macam ada pesta joget M Daud Kilau.
kebanyakan mereka menjadikan air ni sebagai air minuman harian kerana mungkin ia lebih selamat dan berkhasiat...

so daripada coret-coret aku yang korang nampak cam tak berfaedah ni, aku cuma nak tekankan yang korang kene ingat bahawa betapa alam sekitar ni penting pada kehidupan kita....walau hebat manapun teknologi sistem air yang dicipta, tapi bila ada probs, terus orang akan meraban cari balik air bukit, air sungai yang diorang dah cemarkan dulu. so tak payah la korang guna skil kriket atau baseball korang untuk baling sampah-sarap kat dalam sungai atau laut, takut2 nanti korang yang makan balik sampah-sampah tu bila dunia alami krisis air nanti..........beringat sebelum kene, jangan dah kene buat-buat tak ingat.....

No comments:

Post a Comment