Tuesday 5 April 2011

that's japanese..

semua orang tahu yang kite baru dikhabarkan berita yang amat memilukan tentang bencana tsunami yang melanda sebuah negara bernama Jepun. tsunami yang berlaku adalah antara terrrrrrDAHSYAT sekali!!!

Gambar used car kat Jepun..L0L

aku rase tak perlu aku post gambar berlambak-lambak kat sini, macam yang dikhabarkan dalam Buletin Utama dan Nasi Lemak Kopi O, kerosakan yang dialami negara ni seakan-akan mengulangi peristiwa pahit Hiroshima dan Nagasaki...bukan setakat tu je, kemusnahan tu disedapkan lagi xtra ancaman radiasi akibat dari kebocoran loji nuklear kat Fukushima. bile dah jadi camni semua superhero dan wira anime/manga rekaan Akira Toriyama dah tenggelam dalam tsunami tu.so tinggal lah macam-macam badan sukarela,paksarela atau suka-suka mahupun orang-orang persendirian yang datang menghulurkan bantuan dengan atas name kemanusiaan ataupun atas name manusia (derma untuk name) kepada mangsa yang terlibat...dan  semenjak dari tu gak ramai orang ambik tahu tentang jepun

actually, aku nak story sumthing  pasal Japanese yang sangat menarik perhatian aku seolah-olah Lisa Surihani tengah photoshoot (harap-harap berlaku...haha). its all about their attitude...mungkin ramai yang dah tahu dan muak bende ni...tapi pada perpekstif 3D aku..bende ni memang sangat penting..


SILA TUNGGU GILIRAN ANDA!










korang tengok je dah taw da.. how disciplined the Japanese...diorang still line up even diorang dalam
kesusahan yang teramat sangat selain keadaan bekalan makanan yang tersangat limited..(tak taw la kalau ni rancangan hipokrit besar-besaran yang dirancang pemimpin diorang macam sekolah2 selalu buat bile ade lawatan dari luar).tapi ni lah realiti orang-orang Jepun.care for others...

bukan nak puji melambung-lambung sampai bumbung Burj Khalifa..tapi cube kite bandingkan dengan how malaysians act when the disaster happened..even lau takde disaster pun orang dah berebut untuk dapatkan sesuatu macam naik bas Rapid KL ke, nak minta autograph Faizal Tahir lepas die perform ke,..sometime lagi geram bile kat bank, orang line up elok-elok macam assembly kat sekolah dulu-dulu, tetibe ada mamat/minah/makcik/pakcik or whatever la yang terus pergi sudut penjuru ufuk timur atau barat kaunter untuk dapatkan layanan berkelas VIP sedangkan yang lain terpaksa menunggu untuk layanan yang ntah berape bintang...bukan nak sangka buruk, mungkin tu emergency case, tapi sekurang-kurangnya respect orang lain yang tengah line up macam lipan bara (ngan hati diorang pun tengah membara-bara)
bukan susah, as example, tanya kat orang yang line up tu:-
"excuse me, ni line untuk urusan bla bla bla ....................ni ke?"
or 

"urmmm...untuk urusan bla bla bla........ni, kene beratur ke? sebab saye rase urusan ni tak yah line up kot"
atau kalau korang rase dalam mulut korang tu macam ada lori Scania bawak balak tu,(susah nak bercakap atau malu), cukuplah just senyum(bukan senyum kambing) dan tak payah buat muke menjengkelkan yang nak tunjuk korang dah selesaikan urusan korang sambil dalam benak hati tu cakap.."takyah beratur panjang-panjang..hahha..B***H!!!"
(memang nak kena baling ngan kerusi kat bank tu agaknye)

kesimpulan yang aku nak simpul mati dekat sini, simple je..apa salah beratur kalau korang rase memang patut beratur..care for others

malas nak tulis panjang2..ada OTAK + AKAL + HATI + ILMU - NAFSU = pikirlah sendiri..

No comments:

Post a Comment